Shariot gantung khidmat sewa kenderaan untuk 'susun semula perniagaan dalaman'
Syarikat khidmat sewa kereta, Shariot, menghentikan khidmatnya sehingga diberitahu kelak, sambil merujuk kepada “penyusunan semula perniagaan dalaman dan semakan perkhidmatan”.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat khidmat sewa kereta, Shariot, menghentikan khidmatnya sehingga diberitahu kelak, sambil merujuk kepada “penyusunan semula perniagaan dalaman dan semakan perkhidmatan”.
“Penghentian sementara ini membolehkan kami menyelaraskan semula operasi kami serta menilai fasa seterusnya hala tuju perkhidmatan kami,” kata syarikat itu dalam satu catatan di Facebook pada Rabu (31 Dis).
Tambahnya lagi, pihaknya akan berkongsi kemas kini “sekiranya terdapat sebarang perubahan”.
Para pelanggan terkejut dengan pengumuman itu. Menerusi komen di Facebook Shariot, ada yang bertanya mengenai bayaran balik bagi tempahan yang sudah dibuat, manakala yang lain pula menyatakan bahawa barangan peribadi mereka masih berada di dalam kenderaan yang ditempah.
Shariot merupakan sebahagian daripada sebuah kumpulan yang merangkumi beberapa syarikat automotif termasuk Autobahn Rent A Car.
Menurut laporan The Straits Times pada November lalu, Shariot adalah antara sembilan syarikat berkaitan yang meminta pemiutang mereka untuk menangguhkan tindakan mendapatkan semula hutang sementara mereka meneroka pilihan-pilihan penyusunan semula.
Shariot, Autobahn Rent A Car serta tujuh syarikat lain dilaporkan saling terkait dari segi kewangan, operasi dan pengurusan armada, selain mempunyai para pemegang saham yang sama.
Pada Disember lalu, The Straits Times melaporkan bahawa sebuah kumpulan yang terdiri daripada 18 syarikat berkaitan, termasuk Shariot dan Autobahn Rent A Car, memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan moratorium selama enam bulan bagi menghentikan tindakan pemiutang.
Antara pemiutangnya termasuk DBS, UOB dan OCBC, dan syarikat-syarikat tersebut dilaporkan berhutang sehingga S$306 juta, menurut laporan itu.
Mediacorp sudah menghubungi Shariot, Autobahn Rent A Car, Grab, Gojek, CDG, TADA dan Ryde serta Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA) untuk mendapatkan komen.
Sebelum ini, pada Ogos lalu, syarikat BlueSG mengumumkan bahawa ia akan menggantung operasinya, mengejutkan para pengguna.
Syarikat itu juga memberitahu Mediacorp ketika itu bahawa langkah berkenaan akan menjejaskan “sebahagian” daripada tenaga kerjanya, sambil menambah bahawa para pekerja yang terjejas akan menerima “pampasan yang adil”.
Menyifatkannya sebagai satu “penghentian strategik”, BlueSG memaklumkan dalam satu kenyataan media bahawa ia akan melancarkan satu khidmat baharu pada 2026.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.