JENDELA 2026: Apakah yang boleh kita jangkakan pada tahun ini dari segi ekonomi?
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Saudara, apakah yang boleh kita jangkakan pada Tahun 2026 ini?
Adakah ia akan lebih baik daripada tahun lalu, ataupun lebih mencabar bagi kita dan keluarga, bagi Singapura ataupun bagi dunia?
Bermula Khamis (1 Jan), BERITAMediacorp membawakan siri JENDELA 2026, yang mengupas aspek-aspek seperti ekonomi, kepimpinan, kesihatan, pendidikan dan kemanusiaan yang boleh kita jangkakan tahun ini dan apa kesannya kepada masyarakat.
Dalam episod pertama, kami menyorot isu kemakmuran ekonomi dari kaca masa keluarga Encik Alfa Ramli dan keluarga Encik Fatah Nawawi yang melangkah berani memasuki tahun baharu 2026.
Dua keluarga itu melalui perjalanan hidup berbeza - tetapi satu persoalan yang sama:
Bagaimanakah Kemakmuran ekonomi keluarga masing-masing boleh dikekalkan ketika ekonomi dunia masih bergolak?
Bagi Encik Alfa Ramli sekeluarga, 2025 bukan sekadar mencabar.
Ia tahun yang menguji kesihatan, emosi dan kemampuan keluarganya.
"Tahun 2025 pada saya agak mencabar. Pada pertengahan tahun saya mengalami kecederaan di lutut kiri. Sebulan selepas itu, saya harus membuat pembedahan pada perut atas sebab sakit. Waktu saya menerima bil hospital itu agak terperanjat. Kosnya beribu dolar," kongsi Encik Alfa.
Seperti ramai keluarga lain, Encik Alfa menerima pelbagai bantuan daripada pemerintah sepanjang 2025.
Untuk meringankan tekanan kos sara hidup, setiap isi rumah Singapura menerima baucar CDC sehingga S$800, selain rebat U-Save dan S&CC - dengan bantuan tunai tambahan di bawah Pakej Jaminan.
Menurut Encik Alfa: "Ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam kos sara hidup kami sekeluarga. (Tetapi) seperti ibu bapa yang lain, saya ada risaulah tentang peluang anak saya yang akan masuk ke alam pekerjaan ni. Apabila nanti mungkin bila dah berkeluarga, adakah dia mampu untuk beli rumah kerana kos rumah meningkat dan contoh macam waktu saya beli rumah ini, harganya S$400,000. Sekarang dah mencecah hampir berganda. Adakah diorang mampu untuk menjalani kehidupan seperti biasa dan dapat menikmati kehidupan seperti mana orang-orang lain menikmati."
Menurut para penganalisis yang kami temui, kerisauan keluarga seperti Encik Alfa bukanlah sesuatu yang luar biasa sepanjang tahun lalu.
Ia mencerminkan landskap ekonomi global yang semakin tidak menentu ekoran perang tarif Amerika Syarikat, ketegangan geopolitik dan hinggalah kepada kesan pascapandemik.
Zamil Kanan ISEAS-Institut Yusof Ishak Dr Norshahril Saat berkata: "Jika zaman dahulu apabila mereka keluar menggenggam ijazah, mereka mendapat pekerjaan, tetapi sekarang ini mereka sukar mencari pekerjaan. Kita lihat rungutan-rungutan seperti gaji pekerja yang tidak naik cepat, kenaikan harga barangan, ketiadaan pekerjaan yang menarik. Jadi cabaran-cabaran ini, saya rasa akan berterusan bukan hanya pada tahun 2026, tetapi buat masa jangka panjang juga."
Lantaran itu, bagi meniti tahun 2026 ini, kita perlu menerapkan sikap dan pemikiran yang betul.
"Sebenarnya di luar sana tu ada banyak pekerjaan. Kita harus mencari pekerjaan untuk mendapatkan pengalaman. Janganlah terlalu memilih pekerjaan yang mudah, yang dekat dengan rumah. Walaupun tak salah tapi kita nak mencari pekerjaan yang baharu. Kita nakkan pengalaman. Jadi, tidak ada salahnya untuk kita berkorban untuk dapatkan sesuatu pekerjaan itu," kata Naib Presiden NTUC Abdul Samad Abdul Wahab.
Golongan karyawan atau pekerja matang juga tidak terkecuali daripada kitaran ekonomi yang mencabar.
Selepas 15 tahun di Jetstar Asia, karyawan seperti Encik Fatah Nawawi dikejutkan dengan berita penutupan operasi syarikat penerbangan tambang jimat itu pada pertengahan tahun lalu.
"Pengalaman yang pahit dari segi emosi, dari segi mental kerana perasaan ketidakpastian atas masa depan yang akan datang. Itu adalah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Khuatir akan bakat saya yang tersedia, adakah ia masih relevan dalam industri-industri terkini," jelas Pengurus, Latihan dan Pembangunan, SAAA Singapore Fatah Nawawi.
Dengan kesedaran itu jugalah, beliau melalui Program Peralihan Kerjaya (CCP) di mana beliau menjalani latihan untuk menukar industri.
Kini kemahiran dan kerjaya baharu selaku pengurus latihan dan pembangunan industri kargo memberi Encik Fatah lebih banyak keyakinan untuk membawa dirinya dan keluarganya, mengharungi tahun 2026 ini dengan lebih yakin.
"Ia telah membantu saya membina keyakinan diri dan mengembangkan set kemahiran saya dalam industri yang berbeza. Saya juga bimbang diberhentikan kerja sekali lagi dan harus menghadapi isu pengangguran dalam tempoh masa yang panjang kerana mungkin saya tidak memperolehi bakat ataupun ilmu yang relevan dalam bidang-bidang berbeza," tambahnya.
REVOLUSI & TREN AI BERTAMBAH HEBAT PADA 2026, UBAH LANDSKAP PEKERJAAN
Kebimbangan Encik Fatah ini bukan tanpa sebab.
Sesetengah pihak menjangkakan bahawa kemelesetan ekonomi global dan kemungkinan juga Singapura, boleh berlaku.
Risikonya adalah pertumbuhan dijangka perlahan.
Pakar-pakar percaya satu lagi trend besar bidang ekonomi adalah revolusi Kecerdasan Buatan (AI) yang akan memacu pelaburan dan produktiviti baharu, sekali gus merubah landskap pekerjaan.
Namun para penganalisis yakin, rakyat Singapura berdaya tahan dan mampu mengharungi apa sahaja cabaran yang akan datang kerana persiapan sudah bermula dari awal lagi.
"Kalau kita lihat di universiti-universiti, kita sudah berlaku semacam perubahan dari segi landskap pendidikan. Memberikan mereka pekerjaan-pekerjaan sementara di sektor-sektor penting, bagi mereka pengalaman. Tidak akan banyak berubah dari sudut pendekatan pemerintah. Kerana kita tahu tentu sekali masyarakat ekonomi domestik akan terjejas, akan menerima tempiasnya."
Pekerja harus menggunakan AI dan jadikan ia sebagai sandaran. Majikan tidak harus jadikan AI mahupun teknologi yang sama untuk menggantikan para pekerja. Jangan bimbang sangat sebab soal ekonomi. Tapi sebagai seorang pekerja, persiapkan diri kita dengan kemahiran yang dapat mampu merai dan meningkatkan taraf kita sebagai seorang pekerja."
Satu lagi trend besar ekonomi tahun ini yang dijangka membawa kesan positif^ ialah Presiden Donald Trump akan melantik^ seorang pengerusi baharu bank federal Amerika,^ dan mengurangkan kadar faedah bagi merangsang ekonomi Amerika dan global.
Ini akan mengurangkan kos pinjaman termasuk bagi syarikat dan keluarga, selain membawa kepada pengembangan perniagaan dan penambahan pekerjaan oleh syarikat, serta pertumbuhan gaji bagi pekerja.
Dan semestinya ini berita baik bagi keluarga seperti Encik Alfa dan anaknya yang akan memasuki pasaran pekerjaan tahun 2026 ini.
"Saya yakin, di Singapura peluang pekerjaan itu sentiasa ada. InsyaAllah ada peluang untuk dia."
"Yang penting bagi saya adalah membina semula keyakinan diri dan juga mempunyai pemikiran yang betul, serta boleh menyesuaikan diri," ujarnya.
BELANJAWAN 12 FEB DIJANGKA HULURKAN PELBAGAI BANTUAN UNTUK RAKYAT
Satu lagi ruang positif semestinya pembentangan Belanjawan 2026 pada bulan depan, yang mana pemerintah dijangka menghulurkan pelbagai lagi bantuan untuk rakyat, syarikat, dan keluarga.
Pakar-pakar percaya, pelbagai rebat, baucar dan insentif akan terus diberikan demi kemakmuran semua pihak dalam mengharungi cabaran ekonomi.
"Harapan saya adalah kita beri tumpuan kepada golongan seterusnya golongan milenial kerana mereka perlu menjaga golongan yang lebih tua, menjaga anak-anak mereka. Jadi golongan ini perlu bantuan, perlu diberi tumpuan seterusnya."
Jadi, melangkah memasuki 2026 ini, kemakmuran bagi rakyat Singapura sebenarnya bukan sekadar soal pertumbuhan ekonomi, tetapi keupayaan rakyat untuk menyesuaikan diri dan positif dalam dunia yang semakin berubah.

Sumber : BERITA Mediacorp/NR/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.